Android Froyo
| Android Froyo | |
|---|---|
| Versi sistem pengendalian Android | |
Skrin utama Android 2.2.3 | |
| Maklumat umum | |
| Eponim | Yogurt beku |
| Jenis sistem | Android |
| Keluarga sistem | Android |
| Pembangun | |
| Ketersediaan am | 20 Mei 2010[1] |
| Keluaran akhir | 2.2.3_r2.1[2] / 21 November 2011 |
| Didahului oleh | Android Eclair (2.0) |
| Diganti oleh | Android Gingerbread (2.3) |
| Ciri teknikal | |
| Pengurus pakej | APK |
| Jenis inti | Monolitik (Linux) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | developer |
| Status sokongan | |
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Android Froyo ialah versi keenam Android dan merupakan nama kod bagi sistem pengendalian mudah alih Android yang dibangunkan oleh Google, merangkumi versi antara 2.2 hingga 2.2.3.[3] Versi-versi tersebut tidak lagi disokong. Nama Froyo merupakan singkatan bagi yogurt sejuk beku (frozen yogurt).
Perincian
[sunting | sunting sumber]Ia telah diumumkan pada 20 Mei 2010 semasa persidangan Google I/O 2010. Google menghentikan sokongan log masuk untuk akaun Google pada peranti Android Froyo hingga Android Gingerbread pada 27 September 2021.[4]
Salah satu perubahan paling ketara dalam keluaran Froyo ialah fungsi pembatatan USB (*USB tethering*) dan hotspot Wi-Fi.[5] Perubahan lain termasuk sokongan untuk perkhidmatan Android Cloud to Device Messaging (C2DM) yang membolehkan pemberitahuan tolak (*push notifications*), penambahbaikan kelajuan aplikasi tambahan yang dilaksanakan melalui penyusunan JIT[6] serta dipaparkan di dalam aplikasi sebagai sepanduk di bahagian atas skrin.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]2.2.0
[sunting | sunting sumber]Ciri-ciri baharu yang diperkenalkan oleh Froyo termasuklah:
- Pengoptimuman kelajuan, memori, dan prestasi.[7]
- Penambahbaikan kelajuan aplikasi tambahan, dilaksanakan melalui penyusunan JIT.[6]
- Pengintegrasian enjin V8 JavaScript Chrome ke dalam aplikasi Pelayar.
- Sokongan untuk perkhidmatan Android Cloud to Device Messaging (C2DM), membolehkan pemberitahuan tolak.
- Sokongan Microsoft Exchange yang ditambah baik, termasuk dasar keselamatan, penemuan automatik, carian GAL, penyelarasan kalendar, dan pemadam data jarak jauh (*remote wipe*).
- Pelancar aplikasi yang ditambah baik dengan pintasan ke aplikasi Telefon dan Pelayar.
- Fungsi penambatan USB dan hotspot Wi-Fi.[5]
- Pilihan untuk mengehadkan akses data melalui rangkaian mudah alih.
- Aplikasi Market yang dikemas kini dengan ciri kemas kini kelompok dan automatik.
- Pertukaran pantas antara pelbagai bahasa papan kekunci dan kamus masing-masing.
- Sokongan untuk dok kereta dan meja yang mendayakan Bluetooth.
- Sokongan untuk kata laluan angka dan abjad angka.
- Sokongan untuk medan muat naik fail dalam aplikasi Pelayar.[8]
- Pelayar kini memaparkan semua bingkai GIF animasi dan bukannya bingkai pertama sahaja.
- Sokongan untuk memasang aplikasi ke dalam memori tambahan (kad SD).
- Sokongan Adobe Flash.[9]
- Sokongan untuk paparan PPI tinggi (sehingga 320 ppi), seperti skrin 720p empat inci.[10]
- Memperkenalkan sambungan fail .asec.
- Galeri membolehkan pengguna melihat susunan gambar menggunakan isyarat zum (*zoom gesture*).
2.2.1
[sunting | sunting sumber]- Pembetulan ralat (*bug fixes*), kemas kini keselamatan, dan penambahbaikan prestasi.
2.2.2
[sunting | sunting sumber]- Pembetulan ralat minor, termasuk isu penghalaan SMS yang menjejaskan Nexus One.
2.2.3
[sunting | sunting sumber]- Dua kemas kini keselamatan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Android 2.2 and developers goodies". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2016. Dicapai pada 27 Mei 2021.
- ↑ "Android Source". Google Git. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2021. Dicapai pada 27 Mei 2021.
- ↑ Lead, Xavier Ducrohet, Android Sdk Tech (20 Mei 2010). "Android 2.2 and developers goodies. | Android Developers Blog". Android 2.2 and developers goodies. | Android Developers Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2012. Dicapai pada 4 Disember 2015.
{{cite web}}: CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ↑ Pollack, Zak (26 Julai 2021). "Sign-in on Android devices running Android 2.3.7 or lower will not be allowed starting September 27". Google. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2022. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
- 1 2 Sorrel, Charlie. "Android 2.2 'Froyo' Features USB, Wi-Fi Tethering". WIRED (dalam bahasa Inggeris AS). WIRED. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2012. Dicapai pada 4 Disember 2015.
- 1 2 "EXCLUSIVE: AndroidPolice.com's Nexus One Is Running Android 2.2 Froyo. How Fast Is It Compared To 2.1? Oh, Only About 450% Faster". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2012. Dicapai pada 4 Disember 2015.
- ↑ "EXCLUSIVE: Unofficially Confirmed Froyo Features, Post-Day-1 Of Google I/O [Google I/O Blitz Coverage, Day 1]". Android Police. 20 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2012. Dicapai pada 4 Disember 2015.
- ↑ "Issue 2519 - android - Browser should support file uploads (input type="file")". code.google.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mac 2017. Dicapai pada 4 Disember 2015.
- ↑ "Google's Andy Rubin on Everything Android". Bits Blog. 27 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2010. Dicapai pada 4 Disember 2015.
- ↑ "Supporting Multiple Screens | Android Developers". developer.android.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2013. Dicapai pada 4 Disember 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]
Kategori berkaitan Android Froyo di Wikimedia Commons- Tapak sesawang rasmi

